Kuih hasidah
Kuih hasidah

Kuih hasidah

Kuih hasidah atau juga digelar kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisi[1] yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi dan gula.[2]Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya.[3]